BANGI: "Ya, arwah (Shahril) memang ada sejarah lampau (kes jenayah), tetapi mereka tiada hak buat adik saya begitu," kata abang sulung kepada pemandu kereta yang diikat dan dipukul hingga maut, selepas kemalangan, minggu lalu.
Shah Rizad Samad, 43, berkata, lima penghantar makanan yang didakwa membunuh adik keduanya, Shahril, 41, tidak sepatutnya mengambil langkah mudah dengan menggunakan keganasan, sebaliknya menyerahkan kes terbabit kepada pihak polis.
Menurutnya, suspek tiada hak memukul mangsa hingga maut walaupun adiknya mempunyai kisah silam.
Katanya, ini kerana adik kedua daripada tujuh beradik itu tidak pernah bermusuh dengan mana-mana pihak, apatah lagi ahli keluarganya sendiri.
“Sudahlah diikat (mangsa), kenapa nak belasah lagi dan bagaimana dia nak lindungi dirinya?
"Saya dah ahli keluarga puas hati dapat tengok muka semua tertuduh di mahkamah ketika mereka dituduh, sebab memang kami sudah lama nak lihat wajah mereka,” katanya.
Bagaimanapun Shah Rizad berkata, ibu bapanya tidak sanggup untuk hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding pendakwaan terbabit.
Dia yang juga seorang penjawat awam berkata, ahli keluarganya berharap semua suspek yang terbabit dalam kejadian itu dikenakan hukuman setimpal.
“Kami tak harap banyak, cuma apa yang terjadi dapat selesaikan (prosiding mahkamah) dengan segera.
“Saya dan keluarga juga tiada kuasa untuk menentukannya (hukuman), kita hanya mahukan keadilan,” katanya sebak ketika ditemui di luar mahkamah selepas lima lelaki itu dituduh membunuh adiknya.
Lima penghantar makanan yang tular dalam kejadian pukul dan ikat seorang pemandu kereta didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas satu pertuduhan membunuh minggu lalu.
Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41; Azharul Azuan Mohd Azan, 34; Tengku Izham Tengku Hamid, 22; Mahazir Nordin, 43 dan Syamsul Qamar Ayob, 40 didakwa membunuh seorang pekerja sendiri, Shahril Samad, 41, di Jalan TPS 2/3 Taman Pelangi Semenyih 2, Beranang di sini pada jam 9.54 malam, 20 Februari lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah disebat sebanyak 12 kali. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 27 2024
Shah Rizad kelihatan sebak ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi pada Selasa. - Gambar/ Sinar Harian
Facebook sasar lebih ramai pengguna muda, syor perkongsian 'feed' berasaskan AI
Selari dengannya, Facebook kini menyatakan akan meningkatkan lagi fokus platform berkenaan kepada pengguna muda.
Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
PDT Gombak berkata tindakan pengusiran dan perobohan yang dibuat adalah berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.
Lebih 23,000 baucar buku berjaya ditebus murid menerusi aplikasi DELIMa - KPM
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid dan pelajar di institusi di bawah KPM adalah dari 31 Mei hingga 31 Dis.
OKU dipukul: Teo sokong titah Tunku Mahkota Ismail
Teo berharap tindakan undang-undang sewajarnya diambil secepat mungkin sekiranya kejadian itu melibatkan unsur jenayah.
Program 'Melaka Bila Larut Malam' tarik kedatangan pelancong
Usaha itu termasuk memperkenalkan pakej pelancongan baharu dan program menarik yang memberi impak kepada semua pemain industri di Melaka.
Jegathesan harap Mohd Azeem, Shereen lakukan 'pecutan' ke Olimpik
Katanya, mereka tiada pilihan lain atau terpaksa akur dengan keputusan hanya seorang sahaja bakal diterbangkan ke Paris menerusi slot wildcard.
KPM naik taraf 384 institusi seluruh negara sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Ia satu usaha pembudayaan digital dengan pembekalan studio digital dan hab pembuatan digital bagi memantapkan kemahiran dan kompetensi guru.
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
'Arwah ada sejarah lampau, tapi tiada hak dipukul hingga mati'
Shah Rizad Samad, 43, berkata, lima penghantar makanan yang didakwa membunuh adiknya, tidak sepatutnya mengambil langkah menggunakan kekerasan.